Monday, March 19, 2018

4409) 21,000 TANDA TANGAN PETISYEN – BERITA HARIAN – 19/3/18



Petisyen menuntut keadilan dalam kes seorang datin mencederakan pembantu rumahnya, sudah mengumpul lebih 21,000 tanda tangan dalam tempoh kurang 48 jam.
la dilancarkan susulan keputusan Mahkamah Seksyen Petaling Jaya Khamis lalu, yang membenarkan tertuduh, Datin Rozita Mohamad Ali, dikenakan bon berkelakuan baik lima tahun dengan jamiran RM20,000.
Petisyen menerusi laman sesawang Change.org ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Petisyen bertajuk Tuntutan keadilan sama rata yang mula dilancarkan kelmarin, sudah mengumpul 21,477 tanda tangan setakat jam 7.25 malam semalam, dengan ratusan lagi terus menyatakan sokongan terhadap petisyen itu.
Petisyen itu antara lain menolak keputusan mahkamah itu dan menuntut Rozita, 44, dikenakan tindakan lebih tegas supaya keadilan ditegakkan tanpa mengira pangkat dan harta.
Ia turut menyifatkan jenayah terhadap pembantu rumah, Suyanti sutrinso, 19, itu sebagai keji dan tidak berperikemanusiaan.
“Walaupun (tertuduh) seorang datin, kaya dan memiliki hubungan (dengan individu tertentu), tidak memberi hak kepadanya untuk bertindak sedemikian.
“Apakah mesej yang kita cuba sampaikan kepada rakyat dan kanak-kanak? Malaysia perlu meneliti isu hak asasi manusia dengan serius,” kata kenyataan dalam petisyen itu.
Keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya itu, mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan ia terlalu ringan, malah pengamal undang-undang sendiri membantahnya kerana implikasi hukuman itu, memberi gambaran salah terhadap perundangan negara.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, sudah mergarahkan rayuan, difailkan terhadap keputusan mahkamah terbabit. Ketika awal pendakwaan, tertuduh berdepan tuduhan cuba membunuh pembantu rumahnya mengikut Seksyen 307 kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun jika cedera dan seumur hidup jika menyebabkan kematian.
Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju, yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang mangsa.
Bagaimanapun, selepas 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 9 Mei tahun lalu, tertuduh kemudian menukar pangakuan kepada bersalah atas tuduhan pindaan melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, ketika prosiding disambung pada Khamis lalu.
Berdasarkan Seksyen 326, jika sabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda.
Susulan pengakuan bersalah tertuduh terhadap tuduhan pindaan itu, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Mohammed Mokhzani Mokhtar membenarkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000,
Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan bantahan terhadap keputusan mahkamah itu dan menyifatkannya sebagai gagal mendatangkan pengajaran kepada masyarakat.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzam Johan, berkata hukuman ringan itu menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat.
“Mungkin mahkamah ada alasan tertentu, namun kata mengharapkan ada pengajaran serta keadilan yang ditegakkan,” katanya.

Artikel Oleh : Berita Harian
21,000 TANDA TANGAN PETISYEN

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...