Pengerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali berkata, para peniaga terbabit harus diberi kesedaran bahawa keuntungan daripada muamalat mereka adalah hak yang wajib dikongsi dengan golongan asnaf.
“Pembayaran zakat perniagaan juga sebahagian daripada jalan untuk mendapat keberkatan Allah,” katanya dalam sidang akhbar sempena Operasi Ziarah Zakat Siri 2 di sini, hari ini.
Yang turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Sebanyak 42 pemilik perniagaan dikunjungi PPZ-MAIWP dalam operasi diadakan di sekitar Wangsa Maju.
Program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha me­nyantuni prospek zakat untuk meningkatkan keseda­ran mengenai kepen­tingan membayar zakat dan menunaikan Rukun Islam ketiga.
Dalam program tersebut, risalah berkaitan fungsi dan kaedah membuat pembayaran zakat diedarkan kepada para peniaga.
Kerjasama PPZ-MAIWP dan PPIM berkenaan akan diteruskan sehingga 15 Mei ini sebagai sebahagian daripada usaha menyokong Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Perniagaan.