Friday, March 2, 2018

4388) USTAZ ABDUL HALIM TUBUH PROGRAM TV – MANHAJJ MUTAWWIF – 1/3/18

BUKIT BINTANG 1 Mac – Telah berlangsungnya satu sidang media Manhajj Mutawwif di Restoran Ikhwan Bukit Bintang.

Ustaz Abd Halim, Ketua Unit Kawal Selia Umrah PPIM / Pegasas & Manhajj akan melancarkan Program Realiti TV berbentuk keagamaan terbaru dan bakal disiarkan di Astro Oasis tidak lama lagi.
Rancangan yang bakal disiarkan ini dijangka menarik penonton lebih 2 juta itu melibatkan penglibatan pelakon komedi dan penyanyi tempatan. Penampilan Pelawak terkenal Malaysia sebagai pengacara program ini juga bakal menjadi satu kejutan dan menggemparkan penonton.





“Program ini merupakan satu medan dakwah secara moden dan santai di atas pentas bagi menarik minat anak muda terhadap program agama”, ujar beliau dalam sidang media ini.
Program seumpama ini adalah buat julung kalinya diadakan bukan saja di Malaysia malah di dunia sekalipun.




Program ini juga turut ditaja oleh Manhajj Mutawwif, Dato Anuar Hassan, GISB Holding, , Dato Lokman Hakim Pfordten Bin Abd Rahim dan Bee Factory, Nor Ashikin Bin Ismail.

Antara tajaan sampingan AR Design Collection, Fitrah Alhajj, Primavalet, Emanee, Jelitasara, Avverose Velvet Cosmetics, Lovette dan Alissa Beauty Saloon.
Seramai 8 peserta Manhajj Mutawwif yang hadir bagi menjayakan program ini antaranya Wan Mohd Taufik bin Wan Marzuki, Zeinal Abidin Bin Abdul Hakam, Ahmad Syafik Bin Samat, Muhammad Mustakim Bin Abd Rahim, Muhammad Shafiq Bin Abdul Rashid, Muhammad Hazim Bin Radzi, Faris Aiman Bin Suliman dan Raja Muhammad Hafiz Bin Raja Mohd Saleh.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...