Thursday, March 1, 2018

4387) IJTIMAK MAJLIS PERUNDINGAN ISLAM KEBANGSAAN 2018 – AL HIJRAH BIG STUDIO CYBERJAYA – 1/3/18

Telah berlangsung Ijtimak Majlis Perundingan Islam Kebangsaan 2018 di Al Hijrah Big Studio, Cyberjaya


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diwakili oleh Ketua Aktivis, Toqqi merupakan antara NGO yang turut serta dalam majlis yang juga dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.



Majlis perundingan ini merupakan program teras anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang menjadi medium bagi menghimpunkan sekumpulan pemikir untuk berbincang mengenai dakwah dan pemikiran Islam khususnya umat Islam di tanah air malah dengan adanya platform seumpama ini secara tidak langsung berfungsi sebagai wahana yang menyatukan umat Islam di negara ini. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...