Thursday, March 1, 2018

4386) PPIM TERIMA ANUGERAH RAKAN STRATEGIK OPS BAH TERBAIK – DEWAN SRI SIANTAN PUTRAJAYA – 28/2/18


Putrajaya, 28 Feb – 13 anugerah pelbagai kategori disampaikan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor kepada rakan-rakan strategik dan stakeholder Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).
Selaras dengan usaha menangani gejala sosial di sekitar Kuala Lumpur, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima Anugerah Rakan Strategik OPS BAH Terbaik pada Majlis Apresiasi Wilayah Persekutuan 2017 selepas penglibatan 42 siri sejak April 2014 bagi membanteras kes judi haram, pelacuran, pendatang haram, penyalahgunaan dadah dan lain-lain kesalahan.


Antara kategori anugerah yang disampaikan pada malam gilang gemilang, Apresiasi Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Persint 3 adalah Projek RUMAWIP Terbaik, Media Cetak Terbaik (Penulisan Rencana), Media Elektronik Terbaik (Majalah dan Dokumentari), Rakan Strategik OPS BAH Terbaik dan 9 lagi anugerah lain.





Selain menghargai jasa dan sumbangan cemerlang stakeholder, majlis ini dilihat mampu memantapkan dan mengeratkan lagi hubungan pihak Kerajaan dengan stakeholder supaya perkhidmatan yang terbaik dapat dilaksanakan untuk rakyat khususnya warga Wilayah Persekutuan.





Malahan, Malam Apresiasi Wilayah Persekutuan diharapkan mampu menjadi pendorong kepada stakeholder lain untuk terus meningkatkan lagi prestasi dan mutu kerja yang cemerlang bagi sama-sama memastikan Wilayah Persekutuan terus maju dan sejahtera. @ Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...