Tuesday, January 9, 2018

4299) DEWAN AMBASSADOR LOKASI STRATEGIK – SINAR HARIAN – 9/1/18



Mencari lokasi untuk melangSungkan perkahwinan diimpikan adalah satu cabaran yang perlu ditempuhi pasangan pengantin terutama disekitar Lembah Klang. 
Menyedari hakikat tersebut, Hanana Group Sdn Bhd (Hanana) yang mengendali dan menguruskan dewan perkahwinan eksklusif, Ambassador Putrajaya di Persiaran Diplomatik, Presint 14, Putrajaya, sedia membantu pasangan pengantin mengadakan majlis perkahwinan.
Ketua Pegawai Eksekutif Hanana Group Sdn Bhd (Hanana), Norfazlin Abd Ghafar berkata, dewan perkahwinan Ambassador Putrajaya kini lokasi pilihan majlis kahwin kerana mampu menampung l,000 tetamu untuk hidangan bufet, manakala 350 tetamu majlis tertentu.
Menurutnya, Ambassador adalah lokasi strategik yang menyediakan pakej lengkap perkahwinan seperti katering, pakaian, pelamin dan andaman dibawah satu bumbung dengan harga berpatutan bermula RM35,000 sehingga RM48,000.
“Kami juga memiliki ruang luas ditingkat atas dewan ini untuk akad nikah, jamuan harilahir, akikah, seminar dan majlis korporat padaharga sewaan serendah RM600,” katanya pada majlis perasmian Dewan Ambassador, di Putrajaya.
Hadir merasmikan majlis, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Norfaizlin berkata, setakat ini, Hanana menerima 10 tempahan sehingga Jun 2018 dan optimis jana transaksi RM350,000 tahun ini.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...