Thursday, November 2, 2017

4202) SIDANG MEDIA PPIM & POLITIK – 1/11/17


1 November – Sidang Media PPIM & Politik
Satu sidang media telah diadakan lanjutan dari kes Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dikatakan dipengaruhi oleh parti politik.
Ketua Aktivis PPIM, Toqqi sekali lagi terpanggil untuk mengadakan sidang media mengenai isu ini. “PPIM tidak akan terjebak dalam isu politik dan kami masih utamakan kepentingan pengguna” Ujar Toqqi.
Berikut adalah Kenyataan Media PPIM mengenai isu PPIM & Politik:
1. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah NGO, visi penubuhan berpegang kepada moto “Bersama Mengembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”. Tumpuan PPIM adalah untuk memperjuangkan hak dan kepentingan pengguna.


 2. Kewujudan kenyataan yang bukan dikeluarkan oleh PPIM serta tajuk video berunsur provokasi secara tidak langsung menimbulkan tuduhan bahawa PPIM telah dipengaruhi oleh parti politik.
3. PPIM tidak memilih untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak selagi ianya tidak bercanggah dengan prinsip PPIM. Sejak dari awal penubuhan, PPIM telahpun menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak sama ada kerajaan, pembangkang mahupun NGO.



4. PPIM akan kekal dan akan terus-menerus membasmi penganiayaan, penindasan dan kezaliman terhadap pengguna sebagai satu persatuan yang memperjuangkan hak-hak kepenggunaan dan masyarakat tanpa sebarang pengaruh luar.
5. Oleh yang demikian, PPIM dengan ini sekeras-kerasnya menafikan wujud pengaruh politik dalam perjuangan PPIM. Selagi bantuan PPIM diperlukan oleh ahli dan pengguna yang membabitkan isu-isu hak kepenggunaan, selagi itulah PPIM akan terus dan tetap berjuang mempertahankan dan mengembalikan hak-hak pengguna.


In shaa Allah, perjuangan PPIM sentiasa berpegang kepada surah Al-Imran ayat 104 yang membawa maksud:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.




Penafian:
Sesuatu maklumat atau kenyataan peribadi yang dikeluarkan oleh seseorang Ahli atau Aktivis PPIM tidak mewakili pandangan & prinsip rasmi PPIM.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...