Tuesday, October 10, 2017

4166) PPIM NAFI BANTU BEBAS DOKTOR GIGI PALSU – BERITA HARIAN – 10/10/17




Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan pihaknya menyokong atau mengiktiraf tindakan individu yang melakukan kesalahan dan berisiko terhadap pengguna.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya juga tidak pernah mengeluarkan sebarang dana atau mengenakan caj terhadap mana-mana pihak bagi membantu membebaskan seorang gadis yang menjadi “doktor gigi palsu”.
“Tuduhan palsu yang dilemparkan terhadap PPIM cukup berat, sekaligus mencemar reputasi persatuan ini yang sudah 20 tahun bertapak. Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana kami dicemuh netizen dan golongan profesional memahami isu sebenar.
“PPIM tidak pernah mengumpul dana, mahupun mempromosikannya sehingga memperoleh RM70,000 untuk membebaskan individu terbabit seperti yang didakwa” katanya pada satusidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat, di sini, semalam. Yang turut hadir Aktivis kanan PPIM, Muhammad Zharif Johor.
Sebelum ini, bekas pelajar kolej vokasional, Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20, mengaku bersalah menyediakan khidmat pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil pada 25 Januari lalu. Berdasarkan fakta kes yang
dibentangkan ketika dia didakwadi Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 September lalu, tertuduh ditahan pihak berkuasa ketika menyediakan khidmat memasang pendakap gigi kepada seorang pelanggannya dalam sebuah bilik di situ, sementara di luar ada tiga lagi sedang menunggu untuk mendapatkan khidmat sama.
Susulan pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan, Nur Farahanis yang lebih dikenali sebagai Nara, didenda RM70,000 atau dipenjara enam bulan jika gagal membayarnya oleh Mahkamah Sesyen Melaka. Kegagalan membayarnya menyebabkan tertuduh dibawa ke penjara. Nadzim mendakwa, peguam bela Nur Farahanis menghubungi pihaknya selepas hukuman dijatuhkan terhadap gadis terbabit, atas mendapat khidmat nasihat saja.
Bantu beri nasihat “Tidak dinafikan beliau melakukan kesalahan, namun Nara sudahpun mengaku salah.Pada pandangan Saya, tidak salah sekiranya ada NGO (badan bukan kerajaan) atau mana-mana pihak tampil membantunya menjelaskan denda yang dikenakan. “Namun kita tidak sokong dengan apa yang dilakukan itu.
Sebaliknya PPIM membantu menasihatkan beliau untuk membuka perniagaan lain,” katanya. Beliau mendakwa, sumbangan yang diberikan kepada individu terbabit adalah daripada sebuah kelab permotoran yang mengumpulkan sejumlah wang dengan bantuan orang ramai.


No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...