Friday, October 6, 2017

4147) 80, 000 Pelabur Mangsa 10 Datuk – Harian Metro – 6/10/17





Lebih 80,000 mangsa menjadi mangsa satu sindiket penipuan pelaburan berkonsepkan francais didalangi 10 individu bergelar Datuk dengan jumllah kerugian RM1 bilion.
Perkara itu didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam satu sidang media, semalam yang diadakan bersama wakil mangsa untuk menuntut semula wang mereka.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, sindiket berkenaan beroperasi Sejak 2015 menawarkan produk industri kecil dan sederhana (IKS) kepada ahli dengan nilai RM1,750 setiap set.
Katanya, peserta hanya akan menerima untung selepas empat bulan berjumlah RM148 hingga RM1,472 bergantung kepada jumlah set yang dibeli. “Kami difahamkan, masuk bulan keempat, ahli tidak lagi menerima bayaran termasuk produk yang dijanjikan menyebabkan mereka mula rasa ditipu. “Modus operandi yang digunakan ialah mereka menggunakan nama orang kenamaan bergelar Tan Sri, pejabat Ketua Menteri serta Exco kerajaan negeri di beberapa negeri. Jadi ramai yang terpengaruh untuk menyertai skim ini,” katanya.
Sebelum ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menahan seorang dalang lelaki bergelar Datuk Seri di Melaka, sekali gus melumpuhkan sindiket berkenaan. Pengarahnya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya nenerima 113 laporan  polis berkenaan skim itu dan bertindak daripada maklumat
risikan, sepasukan pegawai dan anggota daripada JSJK Bukit Aman menyerbu sebuah rumah di Melaka bagi menahan seorang lelaki yang disyaki berperanan sebagai dalang utama skim ini.
Dalam serbuan itu, seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 39 tahun ditahan. Turut dirampas sebuah kenderaan model Range Rover, dua unit telefon iPhone 7 Plus dan pelbagai dokumen syarikat. “Suspek direman tiga hari dan semua rampasan diserahkan kepada JSJK Kuala Lumpur untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. mengulas lanjut, Nadzim berkata, antara barangan yang diberikan kepada ahli adalah telekung dan sabun yang harganya tidak sampai RM80 untuk setiap Set.
Menurutnya, PPIM menubuhkan sekretariat bersama mangsa sebagai inisiatif untuk mengumpulkan maklumat sebelum merujuk perkara itu kepada pihak berwajib.
Sementara itu, juara program Mentor musim keempat, Mohd Izwan Mohd Noor atau lebih mesra dengan nama Mohd turut menjadi mangsa skim berkenaan yang disertainya lebih setahun lalu. Katanya, pada peringkat awal, dia ditawarkan menjadi ikon selebriti skim itu dan menjelajah ke seluruh negara bagi tujuan promosi. “Lama-kelamaan, saya tertarik dengan keuntungan yang ditawarkan dan melabur RM30,000. Seperti yang lain, beberapa bulan selepas itu saya tidak terima apa-apa bayaran lagi,” katanya ketika ditemui.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...