Thursday, October 5, 2017

4140) Kenyataan Balas Ketua Polis Johor Terhadap PPIM – 5/10/17



Alhamdullilah rintihan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung isu perjudian telah diambil perhatian oleh Ketua Polis Negeri Johor dan tindakan juga telah diambil serta merta.
Kami mengharapkan Ketua Polis negeri lain juga mengambil contoh yang baik ini supaya isu perjudian dapat dibanteras habis-habisan untuk kesejahteraan masyarakat dan generasi muda akan datang.
Cukup-cukuplah segala kerosakan dan kemudaratan yang dibawa oleh pusat judi dan juga kaki judi dalam masyarakat ini. Kita tidak mahu isu seperti ini terus menghantui rakyat dengan tambahan pelbagai masalah sosial lain. Sama-samalah kita bertekad untuk membanteras ak­­tiviti judi haram ini dari akar umbi lagi.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...