Wednesday, October 4, 2017

4133) Pelakon Bergelar Datuk Ditahan Tipu Jual Rumah – Berita Harian – 4/10/17




Seorang pelakon berstatus Datuk, antara tiga lelaki ditahan polis berhubung penipuan jualan rumah pada harga rendah di dua kawasan berasingan sekitar ibu negara, kelmarin. Suspek berusia di antara 29 tahun dan 45 tahun yang mengetuai dua syarikat terbabit, disyaki menyebabkan mangsa kerugian keseluruhan berjumlah kira-kira RM 6.2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) .Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata. Suspek ditahan susulan 188 laporan polis dibuat terhadap dua syarikat terbabit. “Berdasarkan siasatan, Syarikat terbabit menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.
“Bagaimanapun, Selepas pembeli melunaskan bayaran, syarikat berkenaan tidak pun menjalankan pembinaan rumah seperti yang dijanjikan.” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Beliau berkata, pelakon yang berperanan sebagai pengarah urusan Syarikat berusia 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang, manakala dua lagi suspek, masing-masing berusia 29 dan 45 tahun ditahan di Sebuah kondorminium dekat Setapak di sini. “Susulan pemeriksaan dipejabat pelakon berkenaan dekat Ampang, polis merampas masing-masing sebuah kereta Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International Unversity serta pelbagai dokumen milik syarikatnya.
“Kita turut merampas dua telefon bimbit milik dua lagi – suspek serta pelbagai dokumen syarikat mereka” kata beliau. Acryl Sani berkata, berdasarkan penelitian polis, sindiket penipuan kini bijak memanipulasi kehendak serta keperluan masyarakat dengan mewujudkan pelbagai skim penipuan dan pelaburan berasaskan perniagaan Seperti emas dan perumahan.
“Justeru, masyarakat diingatkan sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan Skim atau tawaran luar biasa yang dibuat mana-mana orang atau Syarikat yang menawarkan sesuatu berbeza dari kebiasaan” katanya. Semua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan direman dua hari sehingga hari ini.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...