Monday, September 18, 2017

4036) Remaja ditahan bukan suspek - KPN - Berita Harian Online - 15/9/2017

Snapshot(12)
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki yang ditahan, semalam bukan suspek kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
"Jika ditanya ada tangkapan...ya memang ada, tetapi dia bukan suspek kebakaran. Penahanannya hanya bagi membantu siasatan pihak polis," katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan polis menahan seorang pelajar tahfiz kerana dipercayai menyelinap keluar dari asrama berkenaan beberapa jam sebelum kebakaran berlaku.
Perkara itu juga viral di media sosial hingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Sementara itu, seorang kakitangan pusat tahfiz yang enggan dikenali berkata, remaja yang dibawa melawat ke lokasi kejadian bukanlah pelajar sekolah berkenaan tetapi disyaki terbabit dalam kes kecurian di bangunan pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Beliau berkata, bangunan PPIM itu terletak bersebelahan pusat tahfiz yang sebelum ini dalam proses baik pulih, yang memungkinkan kes kecurian berlaku.
"Sebelum ini, terdapat kes kecurian mesin air layan diri di hadapan pejabat itu dan remaja itu adalah penduduk kawasan sekitar kampung ini.
"Demi Allah, lelaki itu bukan pelajar tahfiz sebab saya kenal semua pelajar sekolah ini," katanya. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/09/326181/remaja-ditahan-bukan-suspek-kpn

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...