Wednesday, August 2, 2017

3986) RINTIHAN BAPA ENAM ANAK DAPAT PERHATIAN - HARIAN METRO - 2/8/2017

harian metro 2.8.2017
Bukit Beruntung: “Terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga saya dengan menyalurkan bantuan kewangan.
“Saya akan kenang selama-lamanya. Terima kasih kepada wakil rakyat, Harian Metro dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yang sudi mendengar rintihan saya,” kata Abdul Halim, bapa kepada enam anak yang menghadapi masalah kewangan.
Dia menerima kunjungan Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk P Kamalanathan semalam yang menghulurkan bantuan segera untuk mengurangkan beban keluarga itu.
Katanya, sejak kisah kesusahannya disiarkan Harian Metro Selasa lalu, dia dihubungi banyak pihak yang prihatin dan simpati dengan masalah kewangan dihadapi sehingga diminta mengosongkan rumah sewanya.
“Alhamdulillah, ramai yang bantu menerusi PPIM. Saya bersyukur sangat kerana hari ini atau esok, saya perlu keluar dari rumah. InsyaAllah, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk keselesaan keluarga selepas ini. Terima kasih juga kepada Datuk Kamalanathan yang membantu,” katanya.
Sementara itu, Kamalanathan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pihaknya meneliti laporan Harian Metro dan tampil membantu keluarga Abdul Halim yang memerlukan perhatian segera.
Katanya, selain bantuan kewangan, dia juga meminta pegawainya untuk mencari rumah sewa baru kepada Abdul Halim untuk memulakan hidup baru.
“Saya juga difahamkan dua anaknya diberhentikan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa kerana ponteng, yang berpunca daripada kesusahan keluarga.
“Itu juga saya akan bincangkan dengan sekolah supaya mereka dapat bersekolah semula dan tidak tercicir daripada mendapat pendidikan,” katanya.
Snapshot
https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/08/249703/rintihan-bapa-enam-anak-dapat-perhatian

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...