Thursday, July 27, 2017

3969) AGR DIBERI TEMPOH SEMINGGU - UTUSAN MALAYSIA - 27/07/2017

utusan malaysia 27.7.2017
AGR diberi tempoh seminggu Jenayah Utusan Online
KUALA LUMPUR 26 Julai – Sya­rikat AGR Auto Trade Sdn. Bhd. diberi tempoh seminggu untuk memulangkan kunci-kunci pemilik kenderaan yang dipajak bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi mangsa.
Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi (gambar) berkata, syarikat itu telah memberi jaminan terhadap semua pemajak yang terlibat dan tidak akan menuntut sebarang bayaran ganti rugi.
“AGR sudah berjanji untuk membantu semua mang­sa dengan memulangkan semula kunci mereka malah kedua-dua belah pihak juga tidak akan meminta sebarang bayaran ganti rugi.
“Setakat ini, kita masih beri peluang memandangkan terdapat lebih 1,000 kunci dan lokasi kenderaan yang belum diketahui dan sekiranya dalam minggu ini tiada sebarang penyelesaian, laporan polis akan dibuat serta-merta,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, AGR telah bersetuju menyerahkan lima buah ken­deraan dan 53 kunci kereta kepada pemajak-pemajak yang terlibat.
Tambah Yusuf, PPIM berharap AGR memberi kerjasama sepenuhnya dan menepati janji yang diberikan sebelum ini.
“Kalau boleh kita ingin menyelesaikan masalah ini dan menutup kes ini dengan segera,” katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...