Tuesday, July 25, 2017

3962) PEMAJAK, AGR CAPAI KATA SEPAKAT - UTUSAN MALAYSIA - 25/7/2017

utusan malaysia 25.7.2017
Kuala Lumpur 24 Julai - Pertelingkahan antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mewakili pemajak kenderaan dengan syarikat pajak kereta AGR Auto Trade Sdn Bhd berhubung skim pajakan kereta yang didakwa menganiya pemilik kenderaan sejak dilaporkan pada 10 Julai lalu akhirnya mencapai kata sepakat hari ini.
Dalam perbincangan yang bermula pukul 11.30 pagi ini, syarikat pajakan berkenaan bersetuju menyerahkan lima kenderaan dan 53 kunci kereta kepada pemilik.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata. perbincangan selama hampir empat jam itu merupakan satu titik permulaan ke arah penyelesaian berkenaan masalah pajakan kereta.
"Ini adalah satu titik permulaan ke arah penyelesaian untuk menyelesaikan masalah pemajak (Mangsa) dan mudah-mudahan dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh AGR adalah satu perkara yang menepati janji.
"Mangsa ini dibantu seperti yang dijanjikan dan saya harap rakyat Malaysia berhenti menyebarkan tohmahan mengenai AGR," katanya dalam sidang akhbar di hadapan syarikat AGR dekat sini hari ini.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...