Thursday, July 20, 2017

3932) SIASAT KES PAJAKAN KERETA - KOSMO - 20/7/2017


KOSMO 20.7.2017
KUALA LUMPUR – Polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti lebih 50 laporan yang di­terima berhubung kes sebuah syarikat pajakan kereta di Kajang, Selangor yang didakwa menipu orang ramai.
Sehubungan itu, satu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Ke­tua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim akan diadakan Isnin ini di Bukit Aman.
Noor Rashid berkata, mesyua­rat itu turut disertai oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor; Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan dan individu berkaitan.
“Kita akan meneliti lebih 50 laporan polis yang diterima berhubung kes ini bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
“Dalam mesyuarat itu nanti, kita juga akan melihat apa sebenarnya yang berlaku antara kedua-dua belah pihak, perjanjian yang telah dimeterai serta melihat sama ada wujud elemen yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Antara Malaysia-Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah Ke-24 di Hotel Berjaya Times Square di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dan Timbalan Komisioner Jeneral Polis Diraja Thailand, Polis Jeneral Sutep Dechrugsa.
Pada 10 julai lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerbu sebuah gudang milik syarikat pajakan kereta di Kajang untuk mengeluarkan kereta pajak milik orang ramai yang didakwa tidak mengikut perjanjian serta tidak membuat bayaran bulanan.
Klip video kejadian itu kemudian menjadi viral di laman social sehingga menarik perhatian serta mendapat komen dalam kalangan netizen.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...