Wednesday, July 12, 2017

3868) PPIM HERO PENGGUNA, SERBU SYARIKAT PAJAKAN KENDERAAN - SINAR HARIAN - 12/7/2017


sinar harian 12.7.2017
SHAH ALAM - Tidak mahu isu terus berlarutan, persatuan yang membantu mangsa dalam pelbagai kes, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melakukan serbuan terhadap sebuah syarikat pajakan kenderaan.
Syarikat itu didakwa telah menipu 500 individu yang menjadi pelanggan syarikat berkenaan, dengan kenderaan yang dipegang oleh syarikat tersebut berjumlah 1,500 kenderaan.
 
Operasi yang diketuai Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi bersama 10 anggota dan 30 mangsa memulakan operasi itu jam 9 pagi Isnin lalu, menyerbu pusat pameran kereta syarikat terbabit di Sri Kembangan, tular di media sosial sejak kelmarin.
“Di pusat pameran tersebut, kami cuba berunding dengan wakil syarikat berkenaan untuk ambil semula sebahagian kereta mangsa, tapi pihak syarikat minta kami beri peluang sekali lagi kepada mereka.
“Bagaimanapun, terdapat beberapa mangsa yang tetap dengan pendirian mereka iaitu untuk ambil semula kereta kerana berasakan mereka ditipu syarikat terbabit. Berpegang kepada pendirian mangsa, kami akur dengan kehendak mangsa,” katanya, semalam.
Yusuf berkata, selepas berunding, syarikat berkenaan akur dengan permintaan mereka, dengan membenarkan pihaknya bersama mangsa melihat kenderaan di pusat itu dan sebuah gudang yang dijadikan tempat menyimpan kereta mangsa di Sungai Sekamat, Kajang.
Menurutnya, setibanya di Kajang, pihaknya telah meminta pekerja syarikat itu untuk membuka pagar supaya mangsa dapat melihat sendiri sama ada kereta mereka masih di gudang itu atau sebaliknya.
“Pada mulanya, pekerja syarikat tersebut tidak membenarkan kami memasuki premis, tetapi selepas rundingan dibuat, mereka benarkan kami masuk.
“Walaupun terdapat sedikit salah faham, situasi dapat ditangani yang baik. Kami mendapat kerjasama daripada anggota polis yang berada di gudang tersebut,” katanya.
Dalam operasi itu, 56 kenderaan berjaya diambil semula daripada syarikat berkenaan dan masih terdapat kira-kira 1,400 kenderaan masih belum diambil.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/ppim-hero-pengguna-serbu-syarikat-pajakan-kenderaan-1.700990

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...