Tuesday, July 11, 2017

3866) SIDANG MEDIA : PENIPUAN BERLELUASA DI PLATFORM MUDAH.MY - PPIM - 11/7/2017



Kebelakangan ini kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima banyak aduan daripada para pengguna yang ditipu ketika berurusan dengan penjual atau pembeli di platform Mudah.my.
Perkara ini telah menjadi semakin serius ekoran ramai pengguna telah menjadi mangsa ditipu. Penipuan penjualan kereta turut jelas kelihatan kerana ramai penyangak yang telah mengambil kesempatan menggunakan platform ini untuk menipu para pengguna.
1
Mengulas perkara ini, Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan berkata perkara ini telah menimbulkan banyak masalah kepada pengguna di luar sana. kemudahan yang disediakan oleh Mudah.my telah disalahgunakan oleh seseorang individu yang mengutip wang dengan cara yang mudah.
“Perkara ini harus dihentikan dengan segera agar ramai tidak menjadi mangsa dalam penipuan penjualan kereta”ujar beliau
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi turut menjelaskan bahawa pihaknya sudah mengadu perkara tersebut kepada pihak bank berulang kali namun tidak diambil tindakan sehingga sekarang.
2
“Perlu ada akta baru di mana pihak bank boleh mencari pembeli baru bagi menyambung bayar hutang pembeli lama,”tegas Yusuf Azmi. Beliau turut mempertikaikan pihak bank mengenai kes Syarikat AGR yang boleh memegang kenderaan pemilik asal lebih 7 bulan tanpa bayaran.
“Pemilik asal tidak bayar selama hampir 7 bulan, mengapa pihak bank tidak menarik balik kenderaan dan mengapa dibiarkan sebegitu sahaja,”beliau mempersoalkan di dalam sidang media tersebut.
3
Turut hadir bersama iaitu Presiden Federation of Motor & Credit Company Association of Malaysia (FMC), Khoo Kah Jin. Beliau mengatakan persatuannya telah menerima banyak kes penipuan pembelian kenderaan melalui Mudah.my ini.
Beliau turut menegaskan bahawa kes sambung bayar tidak seharusnya berlaku kerana ia menyalahi undang-undang serta perjanjian yang dibuat antara pembeli dan penjual tidak sah kontrak tersebut. “Don’t be fool by cheap car and don’t ever pay the money to the salesman without see the car in front your eyes”katanya.
4
“Pengguna harus berjaga-jaga supaya jangan mudah kena ditipu dan jangan bayar terus melalui online. Pastikan showroom kenderaan tersebut dimana dan jika membayar pastikan dapat resit pembayaran serta IC dealer,”ujar Timbalan Presiden FMC, Dave Lim Keat Hin.
Ketua Aktivis PPIM turut menyeru kepada mereka yang berkenaan untuk mengambil tindakan dengan segera ekoran ramai telah menjadi mangsa penipuan di dalam platform ini.
“Kita minta KPDNKK,SKMM,SSM dan mana-mana yang berkenaan untuk membuat tindakan dan perlu ada mekanisma baru serta akta baru bagi menangani masalah yang serius ini”katanya.
5

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...