Tuesday, July 11, 2017

3859) PEMILIK DAPAT SEMULA KERETA - BERITA HARIAN - 11/7/2017

berita harian 11.7.2017
Lebih 500 pemilik kereta yang memajak kenderaan kepada sebuah syarikat pajakan tempatan berjaya mendapatkan semula kenderaan mereka hasil perbincangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM] bersama pemilik syarikat AGR Group.
Walaupun dalam perbincangan dua jam itu, berlaku pertelingkahan antara pemilik kenderaan dan syarikat pajakan berkenaan, namun berakhir dengan aman.
Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM], Yusuf Azmi, berkata pemilik kereta akan mengambil balik kenderaan dan pemilik baharu syarikat itu berjanji membayar semula tungakkan kepada mereka.
“Pengguna ada kuasa untuk menuntut hak mereka dengan mengambil balik kenderaan dipajak berikutan syarikat berkenaan tidak dapat membuat bayaran kepada mangsa.
Tunaikan janji
“Kita harap syarikat pajakan ini menunaikan janji mereka untuk membayar lima dan enam bulan tunggakan kenderaan. Mangsa mendapat susah kerana nama disenarai hitam dan sebagainya.
“Ada kenderaan mangsa berada di galeri pameran dan gudang kereta, namun kita akan cuba mengesan termasuk yang kena tarik dan sebagainya,” katanya ketika melakukan operasi di syarikat AGR Group di sini, semalam.
Yusuf berkata, pihaknya dimaklumkan pemilik lama syarikat berkenaan sebagai “Raja” mengambil sikap “ lepas tangan” terhadap perkara yang  berlaku.
Beliau berharap kes ini dijadikan  iktibar kepada semua pengendali kereta terpakai supaya tidak menjalankan operasi yang mengakibatkan kesusahan kepada pengguna.
BH sebelum ini menyiarkan keluhan kira-kira 500 pemilik kereta yang berhasrat mencari pendapatan tambahan dengan memajak kenderaan untuk disewakan, musnah apabila mereka mendakwa ditipu syarikat pajakan itu.
Sementara itu, mangsa, Jalilah Mohamad, 57, berkata beliau membuat pajakan dua kereta dan jurujual menjanjikan tawaran lumayan, namun “mimpi indah” itu hanya beberapa bulan.


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...