Thursday, July 6, 2017

3850) SIDANG MEDIA : PAJAKAN KENDERAAN, LEBIH 1500 KENDERAAN LESAP - PPIM - 6/7/2017


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima beberapa aduan dari mangsa yang ditipu oleh sebuah syarikat pajakan kenderaan sejak Ramadhan lalu. Syarikat terbabit dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar “Raja” dan seorang individu yang menggelar dirinya sebagai Dato’ Seri Kabi.
Bagaimanakah syarikat ini boleh menganiaya hampir 500 orang pemilik kenderaan yang melibatkan lebih 1500 buah kenderaan milik mangsa?
2
“Kita melihat mangsa sering diberi umpan yang lumayan untuk mereka menandatangani perjanjian.”
“Apabila pengguna sudah diberitahu tentang adanya perjanjian menyebabkan mereka menyerahkan kenderaan dengan rela hati sebab agreement dah sign” ulas Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan.
3
Syarikat terbabit turut mendiamkan diri apabila cuba dihubungi oleh beberapa orang mangsa dan tidak menjawab sebarang surat pembatalan perjanjian. Kebanyakan mangsa juga telah disenarai hitamkan oleh pihak bank dan menerima beberapa saman akibat bayaran bulanan yang tertunggak.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, En. Yusuf Azmi mendakwa bahawa kesemua mangsa tidak mengharapkan keuntungan semata-mata tetapi terdesak dengan masalah hutang yang membebankan mereka.
“Mangsa melaporkan kepada kami bahawa mereka menyerahkan kereta tersebut dengan harapan orang yang mengambil akan menyambung balik bayar hutang tersebut.”
“Syarikat tersebut turut memberi amaran kepada mangsa supaya jangan mengadu dekat PPIM.” Jelas salah seorang mangsa.
“Kami juga sudah beri masa kepada syarikat tersebut sejak sebelum puasa lagi tetapi mereka tidak mahu memberikan kerjasama.” ulas En. Yusuf Azmi dengan lebih lanjut.
4
Dua orang daripada 500 mangsa yang terlibat turut hadir bagi memberikan penjelasan mengenai modus operandi yang digunakan oleh syarikat terbabit dalam memperdaya mangsanya.
“Kami tidak faham bagaimana permohonan kami untuk membeli kenderaan sampai 2 ke 3 buah kenderaan diluluskan begitu sahaja.”
“Saya pelik juga bank tidak menarik kereta saya walaupun sudah 6 bulan tidak bayar, ibarat macam sudah bersengkokol dengan penipu.” jelas mangsa penipuan, Shah (bukan nama sebenar).
“Bank banyak kali juga hubungi kami untuk meminta bayaran hutang dari kami.” tambahnya lagi
Dato’ Nadzim Johan turut menyatakan bahawa perkara tersebut bukan merupakan kali pertama berlaku malah sudah banyak kali dilaporkan kepada PPIM sebelum ini. Beliau mengharapkan dengan adanya sidang media kali ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan dan menyedarkan para pengguna supaya tidak mudah ditipu dalam urusan jual beli kenderaan.
Turut hadir Bersama di dalam sedia media ialah Ketua Unit Kawal Selia Umrah, Ustaz Abdul Halim dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas, En Ali Salimin.
5 6
https://youtu.be/wTng9QQK_NY

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...