Thursday, April 20, 2017

3636) Sidang Media: Ahlong Musuh Negara - PPIM - 20/04/2017

20 April 2017 - Sidang Media Ahlong Musuh Negara - Setelah 1 dekad menangani Ahlong serta membantu mangsa Ahlong. Kami merasakan bahawa setiap organisasi dan pengguna harus bersatu bagi membanteras gejala Ahlong.

PPIM telah menerima ribuan aduan daripada pengadu yang terdiri dari berbilang kaum mahupun agama. Merujuk kepada statistik aduan yang diterima PPIM, dalam tahun 2016 sahaja kami telah menerima lebih daripada 7000 aduan. Antara golongan peminjam adalah terdiri daripada anggota keselamatan, ibu tunggal, usahawan, peniaga kecil dan banyak lagi.

Berdasarkan aduan yang diterima, 80% peminjam Ahlong adalah terdiri daripada bangsa Melayu dan 65% darinya terdiri daripada kaum lelaki. Antara kes terbesar yang telah diselesaikan oleh PPIM adalah bernilai RM12 juta dan kontrak Ikat Mati selama 75 tahun. PPIM telah menyelesaikan ribuan kes yang melibatkan nilai Jutaan ringgit.

Persoalannya, sampai bilakah perkara ini mahu dibiarkan? Antara kekejaman Ahlong yang sering diberitakan adalah seperti mengurung mangsa di dalam sangkar, merantai peminjam, memukul, menyimbah cat, menculik dan banyak lagi. Terdapat juga Ahlong yang menyimpan kad ATM peminjam serta merampas surat beranak & passport. Akan tetapi, Ahlong masih lagi bermaharaja lela sehingga kini.

PPIM berharap agar semua agensi kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak serta organisasi2 lain dapat dapat mewujudkan 1 jawatan kuasa tindakan khas bagi menagani masalah ini yang diketuai oleh pihak kerajaan.
IMG_3210IMG_3217 IMG_3299 IMG_3308

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...