Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif tersebut penting bagi memberi hak yang sama kepada mereka ter­utama dalam bidang pendi­dikan dan perubatan.
“Satu dokumen sementara perlu diberikan kepada golongan ini supaya hak mereka terjamin atas dasar kemanusiaan dan jika tiada inisiatif yang diambil, ini bermakna kita menzalimi hak kemanusiaan mereka.
 
“Dalam Perlembagaan Malaysia sendiri ada memperuntukkan hak kemanusiaan kepada semua orang dan mereka ini juga berhak mendapatkan hak yang sama,” katanya dalam sidang akhbar khas mengenai isu bukan warganegara di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden Pertu­buhan Kemanusiaan Masyarakat An­tarabangsa, Dr. Noorazman Mo­hd. Shamsudin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon.
Mengulas lanjut, Nadzim ber­kata, walau apapun keadaannya golongan tersebut seharusnya mempunyai identiti.
Sehingga kini jelasnya, terdapat le­bih 15,000 penduduk di bahagian timur Sabah berdepan de­ngan status bukan warganegara.
“Status mereka tergantung berikutan tiada kaedah yang dapat dilaksanakan untuk menyelesaikan isu ber­kenaan,” ujarnya.