Tuesday, April 18, 2017

3612) Sidang Media : Kaji Semula Akta Untuk KWSP - PPIM - 18/04/2017


18 April 2017 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membangkitkan isu berkenaan Wang Simpanan Pekerja dalam satu sidang media di Villa Puteri hari ini.
PPIM menerima banyak rungutan berkenaan kesukaran untuk mengeluarkan wang caruman KWSP. Kesukaran ini mampu mengakibatkan pencarum terjerumus dalam masalah kewangan seperti seorang pengadu kami yang namanya enggan disiarkan. Beliau mengalami masalah pembayaran hutang rumahnya sehingga mengakibatkan rumahnya dilelong.
Di dalam kes ini, rumah pengadu pernah dilelong oleh pihak bank namun pengadu berjaya menyelamatkan rumah beliau. Dalam masa yang sama, pengadu ini telah menyuarakan hasratnya untuk mengeluarkan wang simpanannya di KWSP namun akaun-nya masih belum mencecah tempoh matang atas faktor usianya.
Menurut pengadu, beliau pernah menghantar surat untuk mengeluarkan wang simpanannya kepada Ketua Eksekutif KWSP namun jawapanya mengecewakan. Pengadu ini mengambil langkah untuk menghantar surat rayuan pengeluaran wang KWSP kepada Perdana Menteri Malaysia dan bila dihubungi, mereka mengatakan surat pengadu telah hilang dari sistem mereka.
“Kami banyak menerima aduan dimana banyak orang berhenti kerja” kata Toqqi. Masalah ekonomi dan pekerjaan menyumbang kepada masalah bankrupsi. Masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaan mempunyai masalah dalam membayar hutang-hutang pinjaman mereka. Mereka sebenarnya mampu membayar hutang mereka melalui wang yang disimpan didalam KWSP akan tetapi atas sebab akta-akta tertentu, mereka mengalami tekanan dalam menjelaskan hutang mereka.
Oleh itu, Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) meminta pihak bertanggungjawab seperti Menteri Kewangan untuk melihat perkara ini dengan serius dan mengubah akta bagi membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan atau dalam proses bankrupsi.
Selain itu, Toqqi juga meminta supaya pihak bank mengkaji semula sistem tersebut agar wang KWSP dapat digunakan bagi membayar hutang pelanggan mereka. Ini mampu mengelakkan dari seseorang itu dibankrupkan dan pihak bank juga memperolehi wang mereka semula.
Dari pihak PPIM, PPIM yakin dimana kerajaan akan mengambil tindakan susulan dan melihat perkara ini dengan serius.
IMG_1299 IMG_1341  IMG_1365 IMG_1377IMG_1374 IMG_1375IMG_1422   IMG_1426

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...