Wednesday, April 12, 2017

3600) Penduduk sedia beli tanah dekat Masjid Telipot - Berita Harian Online - 11/4/2017

 Penduduk sedia beli tanah dekat Masjid Telipot 

KOTA BHARU: Bagi mengelakkan kawasan berhampiran Masjid Telipot atau Masjid Sultan Muhammad II di sini dibangunkan dengan kondominium, penduduk Raja Dewa sanggup membeli tanah di kawasan itu.
Pengerusi Persatuan Penduduk Kejiranan Raja Dewa, Yasmi Yusof, berkata pihaknya sedia membayar harga semasa tanah berkenaan seluas 0.69 hektar untuk digunakan bagi tujuan pembesaran Masjid Telipot.
"Penduduk sanggup membayar apa juga harga yang ditetapkan kerana hanya kawasan itu saja yang lapang serta sesuai untuk menaik taraf masjid.
"Kita harap pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta kerajaan negeri memberikan jawapan dalam masa 14 hari, " katanya ketika ditemui di pekarangan pejabat YIK, Nilam Puri, di sini, hari ini.
Yasmi berkata pihaknya memahami jika YIK memerlukan wang dengan menjual tanah berkenaan namun pihaknya sedia bekerjasama dengan membeli tanah itu dan pada masa sama turut membantu YIK.
"Apa yang dikesalkan sikap kerajaan negeri seolah-olah berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan.
"Banyak lagi tanah di negeri ini yang boleh dibangunkan manakala di kawasan ini, umum mengetahui bahawa ia terlalu padat dan tidak seharusnya ditambah lagi pembangunan di kawasan itu," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani, berkata pihaknya sedia membantu penduduk dalam menyuarakan bantahan mengenai pembinaan kondominium di kawasan mereka.
"Kita memohon agar YIK membuka pintu rundingan bersama penduduk supaya isu yang berlarutan lebih tiga tahun ini dapat diselesaikan segera," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/270524
Penduduk sedia beli tanah dekat Masjid Telipot

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...