Friday, March 17, 2017

3560) DR ZAKIR NAIK BUKAN PENGGANAS! - PPIM - 17/03/2017

ANTI-ZAKIR NAIK ATAU ANTI-ISLAM
Kedatangan beliau kali ini sekali lagi ditentang oleh kumpulan yang mendakwa sebagai pejuang hak asasi manusia, yang sebelum ini pernah memperjuangkan pluralisme agama dan kebebasan seks (LGBT). Kumpulan yang sama juga pernah menyaman usul Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 atas alasan bercanggah dengan perlembagaan.
Jika diteliti secara fakta, dakwaan ini telah dijawab oleh Dr Zakir. Beliau menafikan mempunyai kaitan dengan mana-mana gerakan pengganas. Video yang tersebar mengatakan beliau menyokong al-Qaeda juga sebenarnya telah dipalsukan. Beliau turut meminta segala isi ceramah dan programnya diteliti adakah benar beliau menganjurkan keganasan. Malah beliau bersedia untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk pihak keselamatan Malaysia. Kenyataan ini diambil dari laman sesawang Malaysia Today Online.
Oleh itu, pada 11 Mac 2017 Dr Zakir Naik sekali lagi mengeluarkan satu kenyataan bahawa beliau dan keluarga bukan pengganas dan yayasannya tidak menyumbang apa-apa sumbangan kepada aktiviti pengganas. Ini terbukti apabila yayasan dibawa naungannya menghantar laporan laporan kewangan kepada kerajaan india dan disahkan tiada apa-apa pembiayaan kepada pengganas.
Beliau menyatakan bahawa Islam adalah satu agama keamanan dan juga satu agama yang mengajar cara hidup. Sebagai seorang Islam, kita mampu melihat bahawa sememangnya islam adalah satu agama yang mengajarkan umatnya dengan kasih sayang bukan keganasan. Didalam setiap ceramah Dr Zakir Naik, beliau tidak pernah mengajar pendengar dan pengikutnya untuk melakukan keganasan kerana perlakuan itu bercanggah dengan ajaran islam. Jadi, persoalannya adalah bagaimana seorang pendebat agama Islam yang memegang islam sebagai cara hidup dikatakan sebagai pengganas?
SUMBER DARI : http://www.malaysia-today.net/anti-zakir-naik-atau-anti-islam/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...