Thursday, March 16, 2017

3559)Jangan hina Islam! - METRO ONLINE - 14/3/2017

Jangan hina Islam!

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang membuat kenyataan berbaur hasutan dan menghina agama Islam.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya bimbang kenyataan yang dikeluarkan secara berleluasa dan terbuka itu akan merosakkan keharmonian serta perpaduan kaum di negara ini.
Katanya, beliau berharap polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melakukan perkara seumpama itu supaya tidak menjadi ikutan penganut agama lain termasuk Islam sendiri.
“Kami sangat terkesan dengan kenyataan menghina Islam oleh rakyat negara ini sendiri kerana Islam agama Persekutuan dan perbuatan itu umpama menghina Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama di negara ini.
“Kami berharap tindakan sewajarnya dikenakan terhadap individu yang menghasut dan menghina agama supaya isu seperti ini lenyap serta tidak mencetuskan perbalahan atau konflik kaum di negara ini,” katanya pada sidang media program Hasutan Ancam Keharmonian di Kondominium Villa Puteri, di sini, semalam.
Majlis itu diadakan susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban Raveentharan Subramaniam mengeluarkan kenyataan ‘Firstly, Islam was never a religion of PEACE’ (Islam bukan agama keamanan) di laman sosial Facebook miliknya, kelmarin.
Kenyataan tidak berasas itu mengundang kecaman orang ramai kerana melakukan provokasi agama dan bersifat memecah- belahkan keharmonian penduduk berbilang kaum di negara ini.
Menurut Nadzim, tindakan itu dilabelkan sebagai keterlaluan dan jika perbuatan fanatik berkenaan ditanamkan dalam jiwa masyarakat negara berbilang kaum, perkara yang lebih buruk bakal berlaku.
Katanya, susulan itu, pihaknya bersama beberapa NGO membuat tujuh laporan polis supaya perkara itu disiasat dengan teliti serta dikenakan tindakan tegas terhadap pelaku.
Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, tindakan mereka menggesa polis mengambil tindakan terhadap Raveentharan bukan bersifat anti-Hindu sebaliknya mahu mengelakkan konflik kaum.
Sementara itu, kenyataan Raveentharan kelmarin turut dipersoalkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid melalui Twitter meminta Raveentharan tampil menjelaskan maksud sebenar kenyataan berbaur provokasi agama.
Raveentharan kemudian segera memadam status berkenaan dan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka melalui Facebook miliknya.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 9:07 AM

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...