Thursday, March 9, 2017

3542) BANK TUNTUT HUTANG 50 KALI SEHARI - HARIAN METRO - 9/3/2017


Kuala Lumpur: Lebih 50 panggilan telefon diterima oleh seorang lelaki hanya kerana lewat membayar ansuran bulanan pinjaman peribadi daripada dua institusi kewangan hingga menyebabkan kehidupannya menjadi huru hara. Malah, pemungut hutang yang diupah institusi kewangan itu bertindak lebih berani dengan mengugut untuk menghantar orang bagi memungut hutang selain turut meminta menerusi faksimili atau menelefon pejabat lelaki terbabit. Menceritakan detik malang itu, lelaki dikenali sebagai Hamidi Shah, 35, berkata, dia membuat pinjaman peribadi dengan institusi kewangan terbabit untuk membeli beberapa barangan serta menguruskan majlis perkahwinannya.
 “Sebelum ini, saya membuat bayaran bulanan bagi pinjaman berkenaan mengikut tempoh malah tidak pernah tertunggak atau membuat pembayaran lewat.
“Namun, sejak beberapa bulan lalu, saya mengalami sedikit masalah kewangan dan hanya terlewat beberapa hari untuk membayarnya namun institusi kewangan berkenaan membuat panggilan berpuluh kali selain meminta wang seperti gengster,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Beliau berkata, pinjaman yang dianggap memberi kelegaan apabila menghadapi masalah kewangan kini menjadi bebanan malah tekanan kepadanya dan isteri.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...