Tuesday, March 7, 2017

3539) FITNAH BOLEH JEJASKAN KREDIBILITI PIHAK BERKUASA - KOSMO - 7/3/2017

                  kosmo 7.3.2017 Tragedi berbasikal  yang meragut lapan nyawa remaja lelaki di Jalan Lingkaran Dalam, Johor sudah lebih dua minggu berlalu. Namun, dalam tempoh itu juga banyak persoalan timbul berhubung kejadian yang turut menyebabkan lapan lagi remaja cedera. Sikap tidak bertanggunjawab ibu bapa membiarkan anak belasan tahun berada di luar rumah pada waktu yang tidak sepatutnya dipersoalkan masyarakat. Tidak kurang juga segelintir orang mempertingkai tindakan polis terhadap pelaku iaitu pemandu kereta yang merempuh sekumpulan  remaja terbabit. Mengikut kronologi kes tersebut, kejadian pukul 3 pagi itu berlaku pihak polis telah menahan seorang wanita berusia 22 tahun. Dia ialah pemandu kereta Nissan Almera yang merempuh kumpulan penunggang basikal tersebut pada hari sama kejadian berlaku. Ketika wanita itu masih dalam tahanan polis, saksi-saksi kejadian mendakwa pemandu tersebut memandu laju dan menggunakan telefon bimbit sebelum tragedi malang berlaku. Bagaimanapun, polid menafikan segala dakwaan saksi terbabit selepas mengambil keterangan suspek yang dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas kejadian. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, siasatan awal pihak polis mendapati wanita terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Skudai dari Taman Pelangi ketika insiden itu berlaku. Ujarnya, pemandu kereta terbabit mendakwa tidak menyedari kehadiran kumpulan remaja terbabit di situ kerana keadaan jalan yang  berbukit. Biarpun keterangan itu agak dangkal tetapi tulah kenyataan yang direkod polis. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, kes tersebut elok diberi keutamaan kerana telah mendapat perhatian ramai. Katanya, jika dibiarkan berlarutan masyarakat akan terus berada di dalam teka teki dan mengundang peluang mencetuskan fitnah. " Bagi saya, pihak berkuasa perlu mengemas kini perkembangan kes ini dari semasa ke semasa demi kepentingan orang ramai. " Jika dibiarkan berlarutan pelbagai tohmahan dibuat orang ramai dan dikhuatiri boleh menjejaskan kredibiliti pihak berkuasa," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin. Selain itu, bagi Nadzim beliau percaya isu ini tidak akan berakhir begitu sahaja. " Satu keputusan perlu dibuat," tegas beliau.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...