Saturday, March 4, 2017

3534) MINUMAN KURANG MANIS PERLU DIBERI DISKAUN - UTUSAN MALAYSIA - 4/3/2017

                            UTUSAN MALAYSIA 4.3.2017
 Kuala Lumpur 3 Mac - Orang ramai perlu berani bersuara bagi memperjuangkan hak sebagai pengguna sekirannya mereka merasakan sebarang harga barangan atau perkhidmatan yang dikenakan tidak munasabah. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sebagai pengguna mereka perlu memastikan tidak harus menjadi mangsa diskriminasi oleh segelintir peniaga yang cuba mengaut keuntungan atas angin. Menurutnya, kebanyakkan pengguna tidak sedar yang mereka sebenarnya ditipu peniaga. " Sebagai contoh, namun mengetahui harga gula naik dan oleh demikian, mereka perlu lebih bijak dalam menangani kenaikan harga barangan tersebut. " Sekiranya pengguna memesan minuman kurang gula di kedai makan, apabila harga yang dikenakan sama sahaja seperti minuman biasa, jadi di sini lah peniaga mengaut keuntungan berlebihan tanpa kita sedari," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...