Friday, March 3, 2017

3533) PENIAGA JANGAN AMBIL KESEMPATAN - UTUSAN MALAYSIA - 3/3/2017

                                UTUSAN MALAYSIA 3.3.2017
 Kuala Lumpur 2 Mac - Para Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga makanan dan minuman secara mendadak meskipun harga gula meningkat sebanyak 11 sen bermula semalam. Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kenaikan harga gula itu tidak seharusnya dijadikan alasan oleh para peniaga untuk menaikkan harga makanan serta minuman. " Kenaikan ini sebenarnya tidak memberi kesan kepada peniaga kerana jumlah kuantiti gula yang digunakan di dalam makanan dan minuman jualan adalah kecil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Bermula semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga baharu gula pasir putih bertapis kasar adalah sebanyak RM2.95 sekilogram. Penentuan harga baharu tersebut berdasarkan Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.2) 2017 dan disebabkan faktor peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia. Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, masyarakat harus memainkan peranan sebagai pengguna dengan bijak nbagi mengatasi isu kenaikkan harga gula ini. " Mereka harus menggunakan kuasa sebagai pengguna dengan mengurangkan pembelian gula dalam kuantiti yang banyak dan membeli sekadar untuk kegunaan harian sahaja.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...