Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu dianggap sebagai kemenangan besar buat pengguna khususnya pembeli rumah yang selama ini dilihat tertindas dengan tindakan sesetengah pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan dalam tempoh ditetapkan.
Menurutnya, keputusan Mahkamah Rayuan terhadap nasib 104 pembeli unit kondominium Sri Istana itu juga boleh dijadikan sebagai contoh bagi kes-kes sama selepas ini.
“Adalah menjadi harapan kita agar penghakiman tersebut menjadi rujukan kes permulaan di mahkamah bagi membolehkan setiap pembeli dilindungi sepenuhnya memandangkan sebelum ini telah ramai pengguna menjadi mangsa kepada kegagalan pemaju menepati tempoh penyerahan projek perumahan yang dibangunkan,” katanya.