Wednesday, March 1, 2017

3524) 330 gempur 'Little Thailand' [METROTV] - HARIAN METRO - 1/3/2017


330 gempur 'Little Thailand' [METROTV]
Kuala Lumpur: Kawasan perniagaan sekitar Jalan Langkawi, Danau Kota di sini, mendapat nama jolokan ‘Little Thailand’ dalam kalangan kaki perempuan yang mencari hiburan seks.
Ia berikutan kawasan itu dipenuhi pusat urutan tradisional yang menawarkan khidmat seks wanita warga asing.
Malah, setiap blok bangunan di kawasan itu mempunyai sekurang-kurangnya lima pusat urutan menawarkan pelbagai pakej urutan dengan harga serendah RM100 hingga RM300.
Sarang maksiat itu bagaimanapun diserbu sepasukan 330 pegawai dan anggota penguat kuasa menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op Bah) Siri 33 jam 11 malam kelmarin.
Bagaimanapun, ketika serbuan, kebanyakan tukang urut dan penjaga premis dipercayai warga asing sempat melarikan diri menggunakan pintu rahsia dan jalan belakang yang disediakan dalam premis yang diubah suai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...