Friday, February 17, 2017

3478) Satu mesyuarat diantara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Kuala Lumpur (SKM) - 17/2/2017

WhatsApp Image 2017-02-17 at 10.41.36

PPIM, 17 Februari 2017 – Dato' Nadzim Johan bersama-sama delegasi PPIM telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia  (SKM) sebentar tadi. Kunjungan tersebut didahului dengan mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Noor Zari Bin Hamat, Pengerusi SKM. Turut hadir Pengarah SKM Kuala Lumpur, YBhg. Dato' Haji Abdullah Bin Mahmood.

Antara perkara yang dibincangkan adalah penubuhan dan hala tuju Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad (KoPPIM).

PPIM berharap sebuah kerjasama erat dapat dijalankan pada masa akan datang demi kepentingan para pengguna. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga SKM yang banyak memberi bantuan dan kerjasama dalam proses penubuhan KoPPIM.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...