Wednesday, January 18, 2017

3368) SELARAS PENGGUNAAN PLASTIK DI SELURUH NEGARA - BERITA HARIAN - 18/1/2017

                 berita harian 18.1.2017

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan (KPKT) disyor berbincang dengan pelbagai pihak bagi menyelaraskan pemggunaan plastik di seluruh negara supaya kempen itu tidak membebankan pengguna Ketua Aktivi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kempen hari tampa plastik dilihat seperti memberi keuntungan tambahan kepada peniaga. "Harga sebenar plastik adalah 5 sen tetapi pengguna perlu membayar 20 sen membuktikan kempen itu gagal malah memberi keuntungan atas angin kepada peniaga. "bagi golongan berkemampuan, pasti tidak ada masalah membelinya tetapi bagi orang yang kurang berduit, ia sememangnya membebankan," Katanya pada sidang media disini semalam Sehubungan dengan itu, PPIM mencadangkan pasar raya menggunakan plastik mudah urai kerana lebih murah dari plastik biasa. Nadzim berkata, langkah itu mampu memastikan matlamat kerajaan melestarikan alam sekitar dicapai. "Kalau mahu kempen itu berjaya dan mampu bmemberi kesedaran kepada pengguna, penggunaan plastik mudah urai lebih mesra alam hanya 10 sen satu "Kami berharap KPKT dapat menimbangkan semuala perkara ini serta memperluaskan penggunaan plastik mudah urai ke seluruh negara karana jenis plastik ini belum diperkenalkan di sini, " katanya

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...