Thursday, January 12, 2017

3340) CAJ 20 SEN MASUK ' KANTUNG ' PENIAGA - UTUSAN MALAYSIA - 12/1/2017


SHAH ALAM 11 Jan. - Caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di Selangor tidak diserahkan kepada kerajaan negeri sebalik­nya diambil oleh peniaga.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Tek­nologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Elizabeth Wong ber­kata, bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun pe­niaga sama seperti se­mua produk lain yang dijual.
Walau bagaimanapun jelasnya, peniaga telah disyorkan supaya menyalurkan hasil ku­tipan tersebut untuk program-program tanggungjawab sosial lorporat (CSR) masing-ma­sing.
“Caj minimum 20 sen adalah syarat penetapan kadar harga terendah yang perlu dikenakan untuk setiap penggunaan beg plastik, tetapi bergantung kepada pe­niaga untuk menetapkan harganya dan ia di­jual seperti barangan runcit yang lain.
“Peniaga bagaimanapun disyor­kan me­nyalurkan ku­tipan itu untuk CSR atau kepada badan-badan amal yang melakukan usaha pemuliharaan alam sekitar khasnya ataupun pertubuhan kebajikan amal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Bermula 1 Januari lalu, kerajaan negeri melarang penggunaan beg plastik dan setiap satu daripadanya akan dikenakan caj 20 sen jika diminta oleh pengguna.
Mengulas lanjut, Elizabeth memberitahu, objektif pelaksa­naan larangan itu adalah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik pakai-buang.
“Pada awal pelaksanaan kempen ini sudah tentu ramai orang tidak biasa tetapi sebelum ini telah pun dilaksanakan di Melaka dan Pulau Pinang,” jelasnya.


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...