Wednesday, January 11, 2017

3337) MI PEDAS MUSLIM BEST AKAN DILANCAR FEBRUARI INI - KOSMO - 11/1/2017


MI PEDAS MUSLIM BEST AKAN DILANCAR FEBRUARI INI - KOSMO 
REMBAU - Mi segera hasil keluaran syarikat bumiputera, Muslim Best Marketing (M) Sdn Bhd ( Muslim Best) akan berada di pasaran mulai awal bulan Februari ini dengan sasaran pengeluaran sebanyak 3.8 Juta bungkus mi segera sebulan.
Presidennya,Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Muhamad berkata, Produk berjenama Mi Pedas itu juga kini dalam proses memperoleh pensijilan Halal dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Krtikal ( HCCP ) dalam tempoh 2 minggu lagi.
" Terdapat 4 perisa ditawarkan iaitu asam laksa,kari,ayam lada hitam, dan tomyam, namun perisa itu diperkembangkan pada masa hadapan jika ada keperluan,"katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian pada sidang akbar selepas menerima kunjungan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia,Datuk Nadzim Johan di kilang Muslim Best di Pusat Usahawan Halal di Taman Halal Pedas di sini.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...