Friday, October 7, 2016

3102) PPIM BERSAMA MHO, PPEIM SEDIA BANTUAN KESELAMATAN - BH ONLINE - 7/10/2016


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PPEIM) menyediakan khidmat bantuan keselamatan kepada warga asing yang ditipu majikan mereka.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata khidmat itu termasuk bantuan kecemasan, khidmat nasihat undang-undang dan guaman bagi memastikan hak individu terbabit terus dipelihara.
Katanya, inisiatif itu penting berikutan pihaknya menerima lebih 1,000 aduan dari warga asing yang mempunyai masalah permit kerja atau visa untuk bekerja dengan majikan mereka.
"Langkah ini bertepatan dengan Perkara 30 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang menekankan semua individu mempunyai hak kebebasan diri. "Perkara ini turut disokong dengan Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana setiap individu adalah sama di sisi undang-undang.
"Susulan itu, kami mengambil inisiatif untuk memberi bantuan dalam melindungi hak warga asing menerusi pelbagai cara termasuk dari segi bantuan perundangan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden MHO, Noor Azman Mohd Samsuddin; Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim dan Presiden PPEIM, Zamri Zaimon.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...