Friday, October 7, 2016

3101) MHO, PPIM KUTUK ISRAEL TAHAN KAPAL ZAYTOUNA - MALAYSIAGAZETTE - 7/10/2016



Pertubuhan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengutuk penahanan kapal yang membawa misi keamanan Zaytouna-Olivia oleh tentera Israel semalam.
Presiden MHO, Noor Azman Mohd Shamsuddin berkata, kapal layar yang membawa tiga anak kapal dan 10 aktivis termasuk wakil Malaysia itu tidak merbahaya kepada tentera itu, sebaliknya hendak memasuki Gaza untuk mengetahui keadaan rakyat Palestin.
"Kami mengutuk keras tindakan tentera Israel ini dan menggesa negara kuasa besar campur tangan agar kumpulan aktivis itu dibebaskan.
"Mengikut prosedur, semua aktivis itu akan dibawa ke Imigresen Isreal dan ditahan selama enam bulan," katanya pada sidang media di Kondominium Villa Puteri di sini, hari ini.
Turut hadir, Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Setiausaha MHO, Hishamuddin Hashim.
Sementara itu, Nadzim mengajak rakyat negara ini memboikot barangan keluaran Israel dan sekutunya.
Katanya, beliau sedih kerana usaha memboikot barangan Israel dua tahun lalu tidak bertahan lama.
"Kita boleh mengajar Israel kalau kita benar-benar lakukan, bukan hangat-hangat tahi ayam.
"Ini (boikot) saja yang boleh kita lakukan untuk mengajarnya," katanya. - MalaysiaGazette

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...