Tuesday, September 15, 2015

2840) [FOTO] : 150 HADIRIN MEMERIAHKAN TAYANGAN AMAL PATRIOT #BRAVO5




14 SEPTEMBER : Lebih 150 orang hadir memeriahkan program amal Tayangan Patriot Bravo Lima anjuran Yayasan Patriot Negara (YPNM) dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur malam tadi.

Program bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme serta mengukuhkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat turut meraikan 40 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Kesayanganku, Bukit Beruntung, balu-balu serta bekas anggota tentera dari Rejimen Gerak Khas.

Selain disertai oleh barisan pelakon Bravo Lima seperti Sofi Jikan, Xavier Fong, Sashi Taran, Chee Kin Wah dan Fairel Desa bersama penerbit Nik Norashikin, tayangan amal semalam turut dimeriahkan dengan kehadiran angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaffar.

Pengerusi YPNM, Brigadier Jeneral (B) Datuk Husainay, berkata sebagai bekas anggota tentera yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam pasukan ATM, filem Bravo Lima adalah sesuatu yang bagus dan wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia.

Brigadier Jeneral (B) Datuk Husainay, Pengerusi YPNM
"Selama ini kita dihidangkan dengan filem Bukit Kepong bagi mengenang dan menghargai jasa pejuang-pejuang negara. Kemunculan filem Bravo Lima sesuatu yang dinantikan oleh penonton.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak memberi sokongan kepada filem Bravo Lima kerana mesej yang dipaparkan sangat bagus bagi mengeratkan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum"

Selain meraikan golongan anak yatim, balu dan bekas anggota tentera, YPNM turut menyampaikan cenderahati berupa plat khas siri PATRIOT kepada barisan pelakon filem tersebut. Mewakili YPNM dan PPIM, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Tayangan Amal Patriot, Bravo Lima malam tadi. - Editor

Antara gambar menarik :








Angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaffar bermesra dengan anak yatim





No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...