Sunday, July 12, 2015

OPS BAH SIRI 14: PUSAT HIBURAN DIGEMPUR, 'MESIN KUDA' DIRAMPAS


Operasi Bersepadu Benteras Aktiviti Haram (Ops BAH) Siri Ke-14 yang telah  diadakan malam tadi berjaya melumpuhkan sindiket perjudian haram yang beroperasi di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa.

Operasi yang digerakkan oleh DBKL dan turut disertai beberapa agensi penguatkuasa seperti PDRM, Imigresen, AADK serta JAWI dijalankan bagi membanteras aktiviti dan gejala sosial di sekitar ibu kota.

Dalam serbuan malam tadi lebih 50 buah 'mesin kuda' berjaya dirampas sekaligus melumpuhkan aktiviti perjudian haram yang mula kembali beroperasi.

PPIM merupakan NGO yang diberi pengiktirafan sebagai badan yang memantau perjalanan operasi.
Serbuan telah dibuat keatas sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa dan berjaya merampas lebih 50 buah komputer...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Friday, July 10, 2015
Walaupun sebelum ini banyak serbuan berterusan dibuat, namun, 'tauke judi haram' seolah-olah tidak serik. Buktinya, masih ramai pengusaha yang meneruskan kegiatan tidak bermoral itu, walaupun premis mereka pernah disita selain bekalan air dan elektrik turut dipotong.




Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, terdapat 300 buah pusat judi siber yang giat beroperasi di ibu negara dan 80 peratus daripada pelanggan-pelanggannya terdiri daripada orang Melayu.

Diharap operasi seperti ini dipergiatkan lagi supaya masalah gejala sosial yang semakin kritikal dalam kalangan anak-anak muda dapat ditangani.

APA ITU OPS BAH?

\

Operasi bersepadu ini telah dilancarkan pada 16 April 2014 oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dibawah perancangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Fokus utama Ops Bah ialah penguatkuasaan terhadap pusat siber perjudian haram, pusat urut tanpa lesen, dadah, warga asing, penyalahgunaan permit dan aktiviti maksiat.

Ops ini disertai oleh 17 buah agensi kerajaan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak sebagai peneraju utama usaha tersebut.

Kesemua agensi yang terlibat masing-masing akan menggunakan segala kuasa yang ada termasuk sumber, kepakaran, pengetahuan, idea dan isu supaya dapat merungkai apa jua masalah yang timbul dalam usaha membanteras masalah sosial di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat:
  • Majlis Keselamatan Negara
  • Jabatan Peguam Negara
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • Perbadanan Labuan
  • Perbadanan Putrajaya
  • Polis Diraja Malaysia
  • Jabatan Imigresen
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Jabatan Pertahanan Awam
  • Jabatan Sukarelawan Malaysia
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Syarikat Bekalan Air Selangor
  • Suruhanjaya Tenaga
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
  • Tenaga Nasional Berhad
  • Telekom Malaysia



No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...