Monday, January 22, 2018

4323) PERKASA KELUARGA MENERUSI AL-QURAN – SINAR HARIAN – 22/1/18

KUALA LUMPUR – Bayangkan situasi ini santai bersama keluarga ditaman sambil membaca Al-Quran di tempat terbuka dan makanan dan barangan disediakan secara percuma. Menarik bukan? Situasi ini berlaku semalam di TamanTasik Datuk Keramat.
Barangkali kita tidak pernah terfikir situasi yang cukup indah dan harmoni ini berlaku di negara ini. Namun dengan inisiatif yang digerakkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di bawah Program Keramat Lab 2.0, aktiviti ini sudah memasuki siri kedua.
Program ini anjuran bersama Rumah Ngaji, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Dewan BandarayaKuala Lumpur(DBKL), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Wilayah Persekutuan (ASWaja), ACT Consulting & Education Sdn Bhd, Keluarga Besar Ummah Ikhlas dan Satri Muda#SavingYoungSouls, Al Ammar Resources Sdn Bhd, ELElleFilani International.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusof berkata, ia merupakan kesinambungan KeramatLab yang dilancarkan pada 2 Disember tahun lalu iaitu kempen sepanjang tahun untuk mengukuhkan keluarga melalui al-Quran menerusi kempen My Family #Quran Hour dan #SavingFamilies.
Menurutnya, penganjuran kali kedua ini melibatkan komuniti yang lebih memberangsangkan dan diharapkan akan terus berkembang setiap kali aktiviti diadakan. “Kita mahu membawa masyarakat kepada al-Quran, solat dan infaq untuk mengatasi apa juga masalah yang ada dalam diri mahupun keluarga.
“Program ini akan dilaksanakan setiap bulan dengan menyasarkan penglibatan komuntti terutamanya keluarga untuk memanfaatkan perinteraksian dengan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian.
Sempena program itu juga, katanya, aktiviti infaq ummah iaitu pasar percuma turut menjadi pengisian utama dengan platform konsep berbudi dan penyayang berlandaskan surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5, yang menjadi aktiviti penting untuk mendidik hati ke arah budaya infaq.
“Pelbagai pihak mahupun individu boleh mengambil peluang berkongsi rezekidengan memberipelbagaijenisbarang, makanan dan minuman kepada Orang ramai, secaratidaklangsung mengeratkan hubungan bermasyarakat” katanya.
Kira-kira 300 kOmuniti setempat menyertai program berkenaanyangberlangsung sehinggajam 11.30 pagi.
Program dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna oleh jurulatih ACT Consulting & Education, Firdauis Djamaris, sesi interaksi dengan al-Quran oleh Ketua Pegawai Eksekutif All-Ammar ReSources Sdn Bhd, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, sesi bertadabbur dan bertazakkur oleh pemasihat Modul Rumah Ngaji, Fazrul Fahmee dan perkongsian pengalaman oleh Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor.
Sementara itu, Aktivis Perhubungan Korporat PPIM, Harik Fauzi berkata, PPIM sentiasa terbuka dalam mengerakkan pendekatan bagi menarik penglibatan komuniti setetempat menyertai program itu. “Kita akan dapatkan kerjasama komuniti termasuk dengan bantuan pihak masjid, sekolah-sekolah dan juga persatuan penduduk untuk menyebarluaskan lagi program ini” katanya.
Dalam pada itu, Rosyam Nor, menyambut baik program itu dan menyifatkan ia sebagai platform tepat untuk menggalakkan masyarakat mendekati al-Quran. “Jika kita mahukan kehidupan yang hebat, kita harus luangkan masa sedikit khasnya kepada ibu bapa. “Tak salah sekiranya hujung minggu ada program dijalankan dan dalam masa dua jam saja dah habis. Bawa anak-anak datang ke sini sebagai satu bentuk tanggungjawab memberi pendedahan kepada majlis ilmu” katanya.

Artikel Oleh : Sinar Harian
PERKASA KELUARGA MENERUSI AL-QURAN

4322) JANGAN TULAR VIDEO LELAKI BERLAGAK WANITA – SINAR HARIAN – 21/1/18



KOTA BHARU – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta masyarakat supaya tidak menularkan video tidak bermanfaat termasuk perilaku sesetengah lelaki berlagak seperti wanita.
Beliau berkata, video seperti itu tidak membantu membina pemikiran dan jati diri masyarakat.
“Ada banyak lagi perkara yang lebih penting, bagi saya, pihak media tidak perlu sensasikan hal yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
“Saya tidak berhajat mahu komen benda yang tidak mampu membawa makna kepada pembangunan ummah dan negara.
“Jadi, saya berharap rakyat harus dididik supaya video yang tidak memberi sebarang makna tidak dipopularkan,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Pendidikan Islam Kelantan, anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di sini, semalam.
Asyraf Wajdi mengulas laporan akhbar mengenai kenyataan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang meminta agensi berkaitan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap perilaku sesetengah individu lelaki popular berlagak seperti wanita, dalam usaha membendung penularan sikap sedemikian.

Artikel Oleh : Sinar Harian
JANGAN TULAR VIDEO LELAKI BERLAGAK WANITA

4321) JANGAN SENSASI BENDA TIDAK BERMANFAAT – BERITA HARIAN ONLINE – 20/1/18



KOTA BHARU: Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mensensasikan atau mempopularkan sebarang video yang tidak bermanfaat, termasuk perilaku sesetengah individu lelaki yang berlagak seperti wanita.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ia berikutan perkara itu tidak boleh membangunkan pemikiran dan jati diri rakyat.
“Ada banyak lagi perkara yang lebih penting dan bagi saya, pihak media juga tidak perlu sensasikan isu yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
“Saya tidak berhajat mahu komen benda yang tidak mampu membawa makna kepada pembangunan ummah dan negara.
“Jadi, saya berharap rakyat juga harus dididik supaya video yang tidak memberi sebarang makna tidak perlu diarus perdana dan mempopularkannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Konvensyen Pendidikan Islam Kelantan Anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Konvensyen berkenaan dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan, agensi berkaitan kerajaan digesa mengambil tindakan undang-undang terhadap perilaku sesetengah individu lelaki popular menerusi laman sosial yang berlagak seperti wanita sebagai usaha membendung penularan sikap seperti ini.
Individu yang digelar ‘instafamous’ ini rata-rata adalah lelaki yang dilihat membuat pelbagai video parodi mengenakan pakaian wanita dan memuat naik aktiviti mereka di laman Instagram bagi tujuan mempromosi produk, menyindir atau meniru gaya melucukan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata agensi kerajaan atau yang berkaitan serta majlis agama perlu memantau selain membangunkan satu modul bagi melihat senario yang berlaku di sekeliling mereka.

Artikel Oleh : Berita Harian
JANGAN SENSASI BENDA TIDAK BERMANFAAT

4320) #QURAN HOUR2.0 DI TAMAN TASIK DATUK KERAMAT KUALA LUMPUR – 21/1/18


#QuranHour merupakan sebuah kempen sepanjang tahun yang telah digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) semenjak tahun 2015 setelah pelaksanaan Malaysia #QuranHour dan seterusnya World #QuranHour.
Kawasan Keramat, Kuala Lumpur dipilih sebagai program rintis yang dinamakan sebagai “Keramat Lab” bagi membina keluarga, setelah berlakunya tragedi kebakaran Madrasah Tahfiz di kawasan tersebut pada 14 September 2017 lalu.
#QuranHour mengajak solidariti ummah sehingga lahir nilai Al-Quran dalam setiap tindak-tanduk oleh diri, keluarga, organisasi dan Negara.
Antara yang turut sama hadir pada hari ini adalah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi, dan beberapa tetamu jemputan seperti Datuk Rosyam Nor, Tuan Fazrul Ismail, Ustaz Ahmad Tarmizi dan ramai lagi.




















4319) LOAN SHARKS SHARPEN THEIR BITE – THE STAR ONLINE – 20/1/18


PETALING JAYA: Loan sharks are getting more aggressive, coming up with tantalising packages tailored for major events such as the FIFA World Cup and Chinese New Year.
Known also as ah long, these illegal moneylenders lure victims by offering them different packages for different seasons. Some offer discounts for early payback or easy repayment schemes.
Sources close to the “industry” said they had to come up with these tactics because their business was now affected due to low borrowing.
“Business dropped by 45% last year and is getting worse due to the difficulty in recovering loans.
 “If the borrower pays within three months, the interest is only 6%,” he said, adding that of 10 borrowers, seven would lodge police reports or seek assistance from NGOs when the ah long attempted to collect payments.
Another source said many borrowers fled without paying anything last year, so the ah long had to come up with strategies such as easy repayment plans.
“Most borrowers are handphone dealers. Chinese New Year loans may not be popular, but the World Cup bets in June are expected to boost the ah long’s revenue.
“There is already a package drawn up to be offered to punters. They can borrow their bet amount now and only pay an interest of 10% if the team of their choice wins in the World Cup.
“If the team loses, they only need to pay the principal amount with the processing fee of RM10 for every RM1,000,” the source said.
A check by The Star found that the ah long were not only turning bold, they were even blatantly challenging the authorities.
 Their stickers, posters and banners are getting bigger and more striking, appearing everywhere from lamp posts, traffic lights, trees, walls, near banks and vacant shoplots to the huge pillars of the newly operational MRT2 along the KL-Cheras highway.
Even though the local councils and police hold regular joint operations to take down the illegal banners, new ones go back up soon enough.
Hopping on the social media bandwagon, the ah long are also promoting their services on Facebook and WeChat, with some even labelling themselves as “licensed moneylenders”.
The Malaysian Muslim Consu­mers’ Association (PPIM) advised the public not to resort to borrowing from loan sharks no matter what problems they faced.
Its lead activist Datuk Nadzim Johan said there were many cases where borrowers were cheated and had to pay more than expected.
“I had a victim who borrowed RM5,000 and her interest shot up to around RM1mil because the ah long charged her interest by the hour.
“The victim was afraid and kept paying after being threatened. She ended up paying over RM60,000.
“PPIM confronted the ah long to negotiate and he returned around RM30,000 to the victim.
“Borrowing from ah long seems easy. Give them a call and you get the money.
“But nothing is that easy without a catch. It all goes back to financial awareness,” Nadzim said.
PPIM has been going all out to eradicate ah long activities and educate the public on the dangers of borrowing from loan sharks.
People can log on to PPIM’s website ahlong.ppim.org.my to report their cases and view examples of victims of previous cases.

Artikel Oleh : The Star
LOAN SHARKS SHARPEN THEIR BITE

Saturday, January 20, 2018

4318) TINDAKAN TERHADAP LELAKI MENYERUPAI WANITA DI MEDIA SOSIAL – BERITA HARIAN – 20/1/18




KUALA LUMPUR: Agensi berkaitan kerajaan disarankan mengambil tindakan undang-undang terhadap perilaku sesetengah individu lelaki popular di laman sosial yang berlagak seperti wanita sebagai usaha membendung penularan sikap seperti ini.
Individu yang digelar ‘instafamous’ ini rata-rata adalah lelaki yang dilihat membuat pelbagai video parodi mengenakan pakaian wanita dan memuatnaik aktiviti mereka di Instagram bagi tujuan mempromosi produk, menyindir atau meniru gaya melucukan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata agensi kerajaan atau yang berkaitan serta majlis agama perlu memantau selain membangunkan satu modul bagi melihat senario yang berlaku di sekeliling mereka.
Katanya, sejak 10 tahun kebelakangan ini individu popular di laman sosial dilihat sebagai ikon, bagaimanapun sering mempamerkan aksi atau aktiviti tidak bermoral.
“Semua pihak perlu prihatin dengan isu ini, gambar dan video parodi lelaki berpakaian dan perilaku seperti wanita ini cukup banyak di media sosial.
“Pelbagai pengakuan kita dengar, yang mengaku lelaki tetapi berubah menjadi wanita dan ada yang rupa seperti wanita tetapi sebenarnya lelaki.
“Saya lihat agensi kita lemah dan lambat memberi tindak balas terhadap perkara yang akan memberi kesan terhadap keruntuhan akhlak masyarakat,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.
Nadzim juga berkata, masyarakat pula hanya melihat video parodi yang berunsur negatif ini seperti angin lalu tanpa menyedari ia mempengaruhi minda bawah sedar.
“Perilaku ini membawa kesan jangka panjang. Ia perlu dibendung dan dikawal sebelum menjadi barah,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata kerajaan wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap individu Islam yang tahu mengenai soal hukum, namun masih berdegil mengubah jantina.
Katanya, umat Islam wajib bersyukur dengan kurniaan Allah mengenai kejadiannya sebagai lelaki mahupun wanita.
“Tindakan mereka mengubah atau berpakaian berlawan dengan jantina masing-masing ini kufur nikmat dan dikhuatiri dilaknat Allah S.W.T.
“Hukum sudah disebut dalam al-Quran dan kisah kaum Nabi Lut menjadi pengajaran jadi apakah mereka masih tidak mahu menyedari kesilapan ini?
“Ada manusia yang kadang-kadang sudah jahil dan tidak mahu diajar, maka tindakan undang-undang adalah sewajarnya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan BH semalam yang bertajuk ‘Baik, buruk lawak parodi’.
Dalam laporan itu, dikatakan video lelaki berpakaian wanita melakukan tutorial solekan, aksi tarian ghairah meniru gaya selebriti kini sering menjadi ikutan dan menarik perhatian ramai.
Tindakan netizen bukan saja berkongsi bahkan ada yang mengeluarkan komen mengaibkan serta memfitnah dikhuatiri meruntuhkan akhlak masyarakat.

Artikel Oleh : Berita Harian
TINDAKAN TERHADAP LELAKI MENYERUPAI WANITA DI MEDIA SOSIAL

4317) SALAH IDENTITI, KERETA KENA PECAH KONCO ALONG – BERITA HARIAN – 20/1/18



KUALA LUMPUR: Dua lelaki mendakwa menjadi mangsa silap identiti ceti haram atau along selepas kenderaan mereka disimbah cat di Taman Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, 6 Januari lalu.
Kejadian pertama kira-kira jam 2 pagi manakala kes kedua kira-kira satu kilometer dari lokasi pertama berlaku 15 minit selepas itu.
Kedua-kedua mereka, Mohd Hulsie Yusof dan Mohd Hapzan Yusof, masing-masing berusia 41 tahun, memiliki kereta jenis Honda Civic FD mendakwa menjadi mangsa silap identiti kerana tidak pernah berurusan atau membuat pinjaman dengan along.
Mohd Hulsie yang juga Pengerusi Akademi Dikir Barat Arjuna Sukma, berkata ketika kejadian, dia sedang menyiapkan kerjanya di rumah sebelum terdengar bunyi penggera kereta.
“Unit Ronda Sukarela rukun tetangga menghubungi saya memaklumkan kereta saya dipecahkan cermin serta disimbah cat merah.
“Saya menghubungi polis dan satu penutup cat tertera nama sebuah kedai cat ditemui di lokasi kejadian, sekali gus menjadi petunjuk kes,” katanya kepada BH selepas membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.
Mangsa kedua, Mohd Hapzan, berkata dia yakin suspek tersilap identiti kerana ada ramai penduduk di situ memiliki kereta jenis sama.
“Saya sedang tidur ketika kejadian dan terjaga kerana bunyi seperti ada sesuatu pecah serta bau cat sebelum mendapati kereta disimbah cat serta cermin hadapan dipecahkan dengan batu,” katanya.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata sebelum ini pihaknya pernah menerima aduan sama berhubung beberapa kejadian silap identiti yang dilakukan kuncu along.
Katanya, dalam kes itu pengadu mendakwa menjadi mangsa silap identiti selepas bil air dan elektrik rumah dicuri individu yang memohon pinjaman along.
“Dalam aduan terbaharu ini, kedua-dua mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Bandar Sulaiman pada hari kejadian.
“Saya harap polis dapat menyempurnakan siasatan mereka dalam tempoh terdekat berdasarkan bukti yang ada,” katanya.
Dalam pada itu, Nadzim berkata, orang ramai yang menghadapi masalah sama boleh mengadu kepada PPIM di talian 019-3458444.
Sementara itu, Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, mengesahkan menerima laporan kejadian.
Bagaimanapun, katanya, polis belum menahan sesiapa kerana kekurangan maklumat yang boleh dikaitkan dengan mana-mana suspek.
“Polis masih menyiasat kes ini. Pengadu juga mendakwa tidak ada membuat pinjaman dengan along,” katanya.

Artikel Oleh : Berita Harian
SALAH IDENTITI, KERETA KENA PECAH KONCO ALONG

Thursday, January 18, 2018

4316) PERBINCANGAN DIANTARA PENGARAH URUSAN KUMPULAN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TH, DATUK SERI JOHAN ABDULLAH BERSAMA KETUA AKTIVIS PPIM, TOQQI – TABUNG HAJI – 18/1/18

Perbincangan diantara Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah bersama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi, dan Pegawai Biro Tugas-Tugas Khas PPIM, Syed Kamaruzzaman bagi membincangkan isu penipuan pakej haji dan umrah yang dilaporkan kepada PPIM.




PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...